Tuesday, 12 March 2013

Aku, Kau dan Dia di UMS..





Wahai kawan2 ku yang bijaksana.. sudikah kalian semua membantuku.. sedih di dalam gembira.. itulah yang aku hadapi saat dan waktu ini.. bila terkenangkan ieka yang sudah beberapa minggu menjalankan kehidupan di universiti pendidikan sultan idris (UPSI), hati aku mula jadi sedih dan sepi.. sekarang ini pula, aku terpaksa memberanikan diri untuk menerima perpisahan yang kemungkinan besar akan berlaku.. Ainil pun akan meninggalkan aku.. sedihnya aku.. sungguh tidak tertanggung.. aku tidak akan memberi peluang kepada diri aku untuk memujuk supaya mereka menetap di UMS.. sebab aku tahu, apa pun keputusan yang mereka lakukan, sudah mereka fikirkan dengan lebih jauh berbanding aku.. memang perpisahan itu sangat menyedihkan.. tapi, bila merenung mata sahabat yang tinggi harapan untuk mencapai cita2 yang diimpikan tetapi tidak tertunai adalah sangat memeritkan.. aku rela berpisah daripada melihat itu.. sebab aku tahu, persahabatan kami tidak berakhir di sini.. walaupun aku terasa hidup aku di ums ni akan jadi terlalu kosong.. niat untuk pindah memang sangat tinggi tetapi bila fikirkan mak abah yang mahu aku untuk terus berjuang di dalam kos ini, aku hanya mampu tersenyum dan meneruskannya.. salahkah aku untuk tidak mengikhlaskan hati terus menerus di dalam kos ini..? dan salahkah aku untuk tidak mencintai tempat aku menimba ilmu ini..? aku cuma harapkan yang aku akan temui apa sebenarnya yang hatiku cari.. apa sebenarnya yang akan memuaskan hati semua insan yang aku sayangi.. salahkah aku ?  di bibir terukir seribu kegembiraan.. tapi dalam fikiran serabut, hati dan jiwa kacau bilau.. ohh.. seddihnya.. ya Allah ya Tuhanku.. Kau berilah hamba2 mu ini petunjuk.. Kau tingkatkanlah kesabaran kami.. Kau kuatkanlah semangat kami.. Kau berikanlah ketabahan untuk kami jalani segala dugaan-Mu.. Kau kuatkan kami untuk menerima apa yang telah Engkau takdirkan ya Allah... Sesungguhnya apa yang telah Engkau rancangkan adalah yang terbaik untuk kami.. Kau bantulah hamba2 Mu yang lemah ini ya Allah.. Amin ya Rabb.. Untuk Ainil dan juga Ieka.. aku doakan korang berjaya kat mana pun korang berada.. semoga satu hari nanti kita jumpa dan meraih kejayaan bersama.. dimana pun korang, aku sayang sangat kat korang... korang sentiasa kat dalam hati  ini.. harap persahabatan kita kekal selamanya.. doakan yang terbaik untuk kita.. aku sokong apa pun keputusan korang walaupun ianya melukakan.. go on babe.. hope our dream will be true.. Aminn..