Thursday, 11 July 2013

Sahabat Sejati Selamanya Dihati

Assalamualaikum dan salam sejahtera.. 



Di pagi ramadhan yang indah ini terkenang pada sahabat-sahabat yang selalu mengisi ruang hidupku.. 
Dari tadika hinggalah ke alam universiti.. Kawan-kawan seiringan denganku dalam kembara ilmu.. 
Tidak lupa juga teman-teman sepermainan yang meriangkan zaman kanak-kanakku..
Sungguh aku rindu saat bersamamu semua.. 

Ingin rasa memohon seribu kemaafan bila pernah menyakiti hati sahabat-sahabat saya.. Banyak kesilapan dan kekurangan diri ini yang mungkin meretakkan jalinan.. Sungguh aku rindu bila mana aku bersama mereka semua.. saling sayang-menyayangi.. Indah sungguh.. Kenangan abadi yang tidak dapat ku beli dimana-mana kedai.. Kenangan yang boleh mengukir senyuman ketika diingati.. 

Terima kasih sahabat-sahabatku atas semua kenangan manis ini
Walaupun kadang kala kita saling terluka
Akhirnya kenangan manis jua yang ada di ingatan 
Alhamdulillah.. Harap anda semua sihat sentiasa dan diberkati olehNya..



Tuesday, 12 March 2013

Aku, Kau dan Dia di UMS..





Wahai kawan2 ku yang bijaksana.. sudikah kalian semua membantuku.. sedih di dalam gembira.. itulah yang aku hadapi saat dan waktu ini.. bila terkenangkan ieka yang sudah beberapa minggu menjalankan kehidupan di universiti pendidikan sultan idris (UPSI), hati aku mula jadi sedih dan sepi.. sekarang ini pula, aku terpaksa memberanikan diri untuk menerima perpisahan yang kemungkinan besar akan berlaku.. Ainil pun akan meninggalkan aku.. sedihnya aku.. sungguh tidak tertanggung.. aku tidak akan memberi peluang kepada diri aku untuk memujuk supaya mereka menetap di UMS.. sebab aku tahu, apa pun keputusan yang mereka lakukan, sudah mereka fikirkan dengan lebih jauh berbanding aku.. memang perpisahan itu sangat menyedihkan.. tapi, bila merenung mata sahabat yang tinggi harapan untuk mencapai cita2 yang diimpikan tetapi tidak tertunai adalah sangat memeritkan.. aku rela berpisah daripada melihat itu.. sebab aku tahu, persahabatan kami tidak berakhir di sini.. walaupun aku terasa hidup aku di ums ni akan jadi terlalu kosong.. niat untuk pindah memang sangat tinggi tetapi bila fikirkan mak abah yang mahu aku untuk terus berjuang di dalam kos ini, aku hanya mampu tersenyum dan meneruskannya.. salahkah aku untuk tidak mengikhlaskan hati terus menerus di dalam kos ini..? dan salahkah aku untuk tidak mencintai tempat aku menimba ilmu ini..? aku cuma harapkan yang aku akan temui apa sebenarnya yang hatiku cari.. apa sebenarnya yang akan memuaskan hati semua insan yang aku sayangi.. salahkah aku ?  di bibir terukir seribu kegembiraan.. tapi dalam fikiran serabut, hati dan jiwa kacau bilau.. ohh.. seddihnya.. ya Allah ya Tuhanku.. Kau berilah hamba2 mu ini petunjuk.. Kau tingkatkanlah kesabaran kami.. Kau kuatkanlah semangat kami.. Kau berikanlah ketabahan untuk kami jalani segala dugaan-Mu.. Kau kuatkan kami untuk menerima apa yang telah Engkau takdirkan ya Allah... Sesungguhnya apa yang telah Engkau rancangkan adalah yang terbaik untuk kami.. Kau bantulah hamba2 Mu yang lemah ini ya Allah.. Amin ya Rabb.. Untuk Ainil dan juga Ieka.. aku doakan korang berjaya kat mana pun korang berada.. semoga satu hari nanti kita jumpa dan meraih kejayaan bersama.. dimana pun korang, aku sayang sangat kat korang... korang sentiasa kat dalam hati  ini.. harap persahabatan kita kekal selamanya.. doakan yang terbaik untuk kita.. aku sokong apa pun keputusan korang walaupun ianya melukakan.. go on babe.. hope our dream will be true.. Aminn..                                        


                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                      

Saturday, 23 February 2013

New semester new life..!

okay ! new life yerr.. hehe..semester baru nie memang akan lebih mencabar.. sebab subjek pun bertambah2 la extreme.. haha.. aku ni pun baru sampai dari rumah.. penat jugaklah.. 

herm.. sem ni jadual tidaklah compact sangat macam sem lepas.. pergh.. bekejar kesana kemari.. ishh.. isshh.. ishhhh.. loteh den dibuatnyerr... sem ni aku tiada kelas malam pun.. sukanya.. sukanya.. hehe.. hari jumaat pun aku cuti cuti cuti.. haha.. 

herm.. tapi start sem dua nie.. kawan aku seorang pindah UPSI.. cik Nik Mulaikah Naimah.. tinggal aku dan cik Ainil Najiha sahaja disini.. sedih memanglah sedih.. tapi aku sentiasa sokong apapun keputusan kawan2 aku.. aku hanya mampu doakan yang terbaik.. 

programming..! yes.. oleh kerana itu major dalam kos aku.. terpaksa aku jumpa jugak sem ni.. tapi bukan C language lagi.. dah C++ with java.. huhhhh! orang kata hadapi dengan senyuman lah.. hermm..

untuk semester kedua nie aku harapkan yang terbaik untuk aku dan kawan2 yang lain.. moga kami semua berjaya hadapi semua dugaan disini.. aminn~

my new challenger for this sem :)

1. object-oriented programming
2. computer architecture & organization
3. discrete structure
4. hubungan etnik
5. bahasa arab level 2
6. komunikasi antara budaya




Monday, 18 February 2013

Mengumpul kekuatan hadapi perpisahan

hurm.. malam ni malam last aku kat K.L.. dan hatiku dalam kesedihan yang menebal.. aku tahu mesti semua orang akan pelik kenapa aku mesti sedih bila aku balik sabah.. negeri tempat kelahiran aku.. asal usul aku.. jangan salah faham dulu.. aku cintakan Sabah negeri di bawah bayu tu.. tapi segala kehidupan aku disini.. orang2 yang aku sayang ada disini.. semangat aku ada disini.. semuanya disini.. di sana hanya ada kegembiraan yang menyakitkan dan tekanan yang melemahkan.. i love Sabah so much because of the beautiful town and the speciality and i'm proud of it.. 

di sini ada my mum.. and tidak lama lagi adik bradik kandungku akan menyusul ke sini.. afiff.. zaza dan airiel.. im going to miss them.. how come aku tinggal seorang disana? ohh sedihnya.. 

tapi apapun aku mesti kuat.. mesti tabah hadapi cabaran demi mencapai kejayaan.. harap2 segalanya dipermudahkan esok..

ya Allah..! kuatkanlah hatiku.. amin~

bye2 K.L.. 123 days to see you again..
let's do the countdown :)

Sabaaahhh.. here I comeee..!! :)


Friday, 15 February 2013

Lonely after their absence


hurm.. sedihla plak.. donna and ain sudah balik petang tadi.. huhu.. sekejap sahaja diorang disini.. untuk berapa malam kami bermain and bergurau senda bersama.. malam ni tinggal aku seorang pulak.. agak2 apa diorang tengah buat sekarang nie ? tidur maybe.. hehe.. terasa rindu plak.. 

teringat tadi masa hantar diorang pergi TBS ( terminal bersepadu selatan ).. sedih jugak.. tapi apa boleh buat.. tambahan plak teringat kenangan2 dulu bila pergi TBS.. dulu selalu unlang alik K.L and pontian johor.. tapi sekarang semuanya sudah tiada.. rindunya pergi pontian.. rindulah matriks life.. dengan kawan2.. 

kat UMS ada jugak kawan tapi tidak serapat macam kwn2 di matriks.. sangat selesa bersama dengan diorang nie.. tidur dalam satu bilik to have fun.. sambut birthday.. huargghh.. tidak tahu bila kami dapt jumpa lagi.. mungkin ini kali terakhir atau ada lagi peluang.. apa2 pun aku doakan kami semua berjaya di dunia dan akhirat.. semoga persahabatan kami kekal buat selama-lamanya.. 

untuk ain dan donna.. thanks sebab singgah rumah aku.. sorry atas apa yang menyinggung perasaan selama kamu disini.. sorry juga atas apa yang kurang.. harap dapat jumpa kamu lagi dilain waktu.. gud luck and congrats for both of you for the awesome result in your exam recently.. proud of you.. 



..gud luck for you all AND hope to see you all again girls..

NORAIN JANAIN (UTHM)
NURUL MUNIRAH MALEK (UTHM)
NORZULAIKAH SYARILLAN (UTHM)
IZZAH ATIRA (UTHM)
NASRAH MOHD. AZMI (UMP)
NUR ATIYAH IZZATI (UMP)
NURFIKAYANTI RUMSAH (UTeM)
IZZATUL SYAZZANA (UTeM)
NURUL SHAMIN SHAMSUDIN (UTeM)
IFFAH SHAFINA (UPSI)
NADIA SYAZWANI KHALID(UiTM Shah Alam)
NURATIKAH MOTRIDI(UPM)
AMYRA MOHD. KASSIM (UPM)


Excitement, Thrill, Adventure and Fun..

hye kawan2 semua.. hari ini diriku akan kongsikan tentang bagaimana perasaan ketika bermain dan berseronok di BERJAYA TIMES SQUARE THEME PARK. Aku, ain dan donna pergi semalam dan sangat penat dan letih. huhu.. masa kami masuk dalam tu.. bayar rm38 untuk seorang.. then, sewa locker rm2 untuk sekali pakai je ok.. permainan pertama yang aku dan donna cuba adalah 'dizzy izzy'.. huh ! sebelum naik punyalah excited.. sudah berputar laju, aku ngan dia teriak.. sungguh x tipu.. pening dan menakutkan.. haha.. then, ain plak cubaan pertamanya adalah 'space attack'.. perghh.. extreme beb.. 

then kami bertiga main 'robo crash'.. dah tu, aku ngan donna x sanggup naik roller coaster.. ain sekali lagi menyahut cabaran untuk permainan yang extreme.. salute la ain.. haha..aku ngan donna mampu untuk tengok dari tepi sahaja.. banyak lagi permainan yang kami cuba.. contohnya, permainan yang paling aku teringin sangat untuk mencuba iaitu 'spinning orbit'.. sdh sampai kat atas.. perghh.. menyesal naik pun ada juga.. haha..gayat yang memeningkan.. gileeerrrrr~ haha.. tapi puas hatilah jugak.. 

walaupun times square park tak hebat macam genting highlands tapi sudah cukup untuk membuatkan kami gerrruuunn~ hehe.. kecuali ain.. 

GALAXY STATION:

  1. Oootr's express
  2. DNA mixer
  3. Spinning orbit  ✓
  4. Space attack
  5. Dizzy izzy  ✓
  6. Supersonic odyssey roller coaster
  7. Haunted chamber
  8. 5D transforce game
FANTASY GARDEN:
  1. Robo crash  ✓ 
  2. Molly-cool's swing
  3. Botanic drive  ✓
  4. Crazy bus  ✓
  5. Honey bump
  6. Buddy go round  ✓
  7. Flying bumble bee
  8. Fantasy trail  ✓
  9. Kidz playground
sekarang mari tengok gambar plak..

# zeerah #

# ain #

# donna #

.. aku ngan donna sebelum start dizzy izzy..

masa main buddy go round :)

..botanic drive..

# ain main space attack #

# suasana di theme park #

# sebelum start spinning orbit #

.. bye2 theme park.. 



Wednesday, 13 February 2013

Perniagaan Mampu Dimiliki

Assalamualaikum semua :) hari ini aku akan kongsikan sedikit info yang telah aku perolehi daripada majalah dara.. hal ini adalah berkaitan dengan jenis-jenis perniagaan.. seperti yang kita semua tahu, perniagaan adalah suatu cara untuk menjana pendapatan.. so, ada baiknya juga dikongsi bersama.. hehe..

1. ONLINE
# perniagaan atas talian boleh bekerja dari rumah. dengan adanya internet, kita boleh memantau perniagaan        di rumah tanpa perlu berjumpa pelanggan dan segala urusan boleh dilakukan melalui e-mel.
# tidak perlu menyewa ruang pejabat
# boleh dikendalikan secara fleksibel iaitu samada separuh masa atau sepenuh masa juga boleh dijalankan 24 jam tanpa henti.
# bermula dengan modal yang rendah.
# sesiapa sahaja boleh melakukannya dan tidak perlu memohon lesen perniagaan.
# perlu kerap memuat turun gambar2 produk yang baru untuk tatapan pelanggan.
# komunikasi menerusi alam maya.
# banyak menggunakan facebook berbanding blogspot atau laman web.

2. BUTIK @ BUSANA
# memerlukan modal yang besar.
# perlu membuat dekorasi yang cantik untuk tarikan pengunjung.
# pelanggan boleh merasai, menyentuh dan mencuba pakaian sebelum membeli.
# dapat mengenali pelanggan dengan lebih dekat dan memberi perkhidmatan yang lebih mesra.
# mengupah pekerja.
# ada tempat untuk penyimpanan stok.

3. RUMAH KE RUMAH
# dengan cara ini mungkin agak konservatif kerana tidak ramai yang mahu berniaga dari rumah ke rumah.. berbeza dengan zaman dahulu..
# tidak memerlukan modal yang besar.
# biasanya bergerak secara individu.
# boleh dilakukan di kawasan perumahan atau flat.
# agak memenatkan kerana memerlukan banyak pergerakan.
# tahu berkomunikasi dengan tuan rumah.

4. KEDAI RUNCIT
# kos yang rendah kerana sewa rendah dan bilangan pekerja yang kurang.
# perolehan yang besar kerana pelanggan membeli banyak secara mingguan mahupun harian.
# kadar pusingan stok dan prngaliran tunai tinggi.
# menyediakan pelbagai jenis barang di dalam satu kedai.
# senang ditubuhkan.
# mudah diurus.

5. KIOSK
# terdapat di pasaraya atau kompleks membeli belah.
# biasanya diletakkan di tengah laluan kompleks membeli-belah.
# kos yang tidak besar.
# sewa kedai lebih murah berbanding butik.
# memudahkan masyarakat untuk mendapatkannya.
# tidak memerlukan pekerja yang ramai.
# barang jualan yang terhad.
# memberi layanan mesra kepada pelanggan.
# pelbagai cara digunakan untuk tarikan pembeli.

6. BILIIK KE BILIK
# biasanya dilakukan oleh pelajar asrama.
# menjimatkan kos, masa dan tenaga.
# mudah mengedar produk.

7. BAZAR @ PASAR
# tidak memerlukan modal yang besar.
# boleh dikendalikan secara keseorangan.
# kos sewa tapak murah.
# masa yang fleksibel.
# menjual dengan harga yang berpatutan.
# mudah bergerak kerana tidak memerlukan peralatn yang besar dan berat.

8. RISALAH
# lebih jimat.
# edarkan risalah ke peti2 surat atau tampal di tempat2 yang dibenarkan, juga boleh diedarkan di kompleks membeli belah.
# menyediakan maklumat tentang produk dan nombor telefon untuk dihubungi.
# tidak perlu menyewa tempat.
# boleh dilakukan secara fleksibel.

baiklah.. setakat itulah perkongsianku tentang perniagaan.. yang utama, apa jua jenis perniagaan, kesungguhan dan cara pengendalian sesuatu urusan adalah sangat penting supaya bisnes anda tidak terkandas di tengah jalan.. harap info yang dikongsikan dapat memberi ilham dan niat untuk memiliki cabang perniagaan.. selamat mencuba ! 



Hope for triumph ~

result oh result.. result exam aku akan keluar pada 15 feb nanti.. bersamaan dengan hari jumaat.. seperti biasa.. aku akan diserang oleh rasa takut yang teramat sangat.. aku rasa aku sudah buat yang terbaik untuk exam aku... walaupun aku study last minute,. tapi aku tak berapa confident,.. huh ! setakat ni, kawan2 aku yang lain sudah dapat result diorang dan semuanya sudah mencapai ke 3 pointer la.. aku pulak belum diketahui lagi.. aku harap aku akan tersenyum lihat result exam aku nanti.. amin ~ 

donna, ain and mama aku semua sudah tidur.. cuma aku yang belum tertidur lagi.. ain and donna stay rumah aku untuk beberapa hari ni.. baguslah jugak.. aku pun tiadalah boring asyik menghadap lappy.. hehe.. aku harap diorang ni boleh stay rumah aku untuk jangka masa yang panjang, tapi apa boleh buat.. diorang mesti balik jugak ke U masing2.. ain study di UTHM,, donna plak study kat UTeM.. jauh kan.. kami yang rapat dulu sekarang sudah terpisah jauh.. huhu :'(.. sedih.. 

tapi.. esok kami rancang keluar ke times square.. pergi untuk mencuba keseronokan di times square theme park.. sebelum ni banyak perancangan tapi akhirnya itulah yang disetujui.. sepatutnya kami keluar jumpa dengan cik Nasrah a.k.a nacha.. tapi.. dia ada tugas dan tanggungjawab yang lebih penting dan tidak patut ditinggalkan.. kami pun terpaksa merelakan semuanya walaupun hati kata rindu yan teramat sangat.. yalah.. nacha plak sekarang study di UMP.. terpisah jauh semuanya.. huhu.. harap dapat jumpa ngan mereka2 semua di lain waktu.. aminn~

..gud luck untuk result exam semuaaa..


kita sudah berdoa.. berusaha dan bertawakal..

keputusan hanya antara kegagalan dan kejayaan



Sunday, 10 February 2013

Sekadar ingatan diri


Sekarang jam sudah menunjukkan jam 3.05 pagi.. masalahnya aku belum mampu untuk tidur lagi.. entah kenapa tiba2 hati merasakan sesuatu dan otak memikirkan sesuatu.. aku sendiri pun tak pasti apa yang aku fikirkan.. hurmm.. bercampur baur perasaan.. sedih.. gembira.. kalau aku renung balik apa yang berlaku pada masa silam.. banyak yang buat aku ketawa mahupun bersedih.. tapi itulah kehidupan.. kalau bukan masa lalu, kita takkan jadi siapa kita hari ini.. herm.. perjalanan yang jauh kan.. masuk tahun 2013 aku akan melangkah ke umur 20 tahun.. selama hampir 20 tahun aku hidup banyak pengalaman manis & pahit yang ditempuh.. pengalaman di zaman kanak2 mengajar aku erti kegembiraan & pengorbanan.. pengalaman di SRK St. Agnes likas mengajar aku untuk melangkah.. pengalaman aku di sekolah menengah rendah (SM LOk Yuk likas &  SMK usukan Kota Belud ) mengajar aku erti persahabatan.. pengalaman di SM Teknik Likas mengajar aku untuk menanam kekuatan.. di Kolej Matrikulasi Teknikal Johor aku mengenal erti terus melangkah dengan penuh kesabaran.. di Universiti Malaysia Sabah aku mengenal erti untuk menjadi seorang manusia yang berjaya.. banyak pengalaman kankankan.. (cehh.. ayat bukan main.. hehe..)


kawan2.. melakar corak hidup kita setiap hari.. walaupun berbagai jenis kawan.. tapi  aku tetap bersyukur kenal  mereka semuanya.. rindu pun ada.. sekarang terasa sunyi plak diorang tiada.. dari sekolah rendah hingga ke menara gading.. aku kadang2 terfikir.. janji2 untuk terus ingat-mengingati.. untuk terus memahami.. untuk terus menyayangi.. aku pun sedar.. aku buat banyak kesilapan.. tapi tak ada kesempatan untuk pulihkan keadaan.. yang aku mampu cuma tunggu masa dan kesempatan untuk itu semua.. dan aku pun tak tahu bila.. maafkan aku ya kawan2.. sedih bila terbayang kegembiraan di zaman2 sekolah.. walaupun sering diselit dengan salah faham.. terlalu rindu.. aku tiada niat pun untuk meninggalkan semua.. tapi atas kekangan yang berbagai buat aku jadi sedikit lupa.. tapi aku x lupa kenangan yang ada dengan aku sekarang.. huhu.. 


herm.. dalam hidup memang sudah ditentukan tapi kita ada akal fikiran untuk memilih dan membezakan perkara baik dan buruk.. terpulang pada diri kita untuk jadikan siapa kita.. walaupun dapat banyak tekanan dari semua pihak.. kejayaan milik setiap insan..! Allah memberi kita apa yang kita perlu.. Allah rahmati kita dalam perkara yang berbeza.. Adil pada diri kita.. tapi tetap ada sifat dengki dan iri hati.. semoga Dia memberikan yang terbaik buat kita semua.. Amin.. 

..sekadar untuk ingatan semua dan diri sendiri..






Sunday, 13 January 2013

tak sabar nak "last payperrr"

haha..
x sabo nak last payperrrr~
ada 2 paper lagi.. bahasa arab and pngantar falsafah..
then, rehat kejap..
21 jan.. fly to K.L.,
meet my mother and who??
haha.. k lah...
nak titow dulu..
penat seharian di kedai kak linda..
buat kronsang sahaja yerr.. hehe..
nyte nyte nyte..

Friday, 4 January 2013

welcome 2013 :)

happy new yearrrr :)
sdh tahun 2013 yerr.. lmbat plak aku kan..
hermm.. busy.. final exam..
ni dah lpas programming ngan calculus..
sdh boleh bnafas sikit..

apaapa pun..
harap tahun ni lebih baik daripada tahun lepas2..
aku pon umur dah nak 20 tahun,..
hewhew.. tua sudah..
20-an sudah.. oh mcm x pcaya ler plak..hehe..
aku pun bharap aku ni jadi tambah matang la..
dari segi pemikiran and everything..
anda anda sekalian pun sama juga taw..

happy new year once again and happy always :)