Wednesday, 27 June 2012

ZEERAH'S CRAFT


Haa.. benda nie sebenarnya lama sdh aku maw bgtaw sama kamu orang semua.. pada 26 april 2012.. maka tamatlah pengajian aku sebagai seorang graduasi matrikulasi.. chehehe.. btul bhaaaa~ haha.. dan aku pun duduk la di rumahhh.. tiada kerja.. haha.. masa tu lap top akulah yang jadi kawan baik aku.. hehe.. sentiasa menemani kebosanan aku.. tidak lama kmudian.. adalah seorang kawan baru aku.. timbul mood mau melukis.. then, kejap jak mood tu singgah.. haha.. pastu aku jalan2 p axis atrium.. usher kerja punya pasal.. hehe.. pastu aku jumpa la 1 kdai manik nie.. di situ lah ilham pun datang utk  aku  mnghasilkan kraf tangan hasil benda2 yg ada dlam fikiran aku.. theeeeennn,,,..? apa yg aku jumpaaa..?
Taraaaaaaaaaaaaaaaaaa~ meh sini aku cerrr.. aku beli kain felt, ribbon n yg sewaktu dgnnya.. haha.. kain baldu mak aku pun habis aku belasah.. ahaha..  so, meh la beb aku tunjukkan kerja aku yang x seberapa nie.. aku jual taw benda nie.. yg kcik RM0.70.. Yg besar plak RM1.50.. hehe.. murah sajaaa.. tngok la rupa dia macam mana.. haha.. Alhamdulillah ada jugak org yg bminat.. kwn2 mak aku pun byk jugak yg bgi skongan,.. tu yg smangat tu.. wahaha.. jom tgk apa benda kat bawah nie….~~



# BEG KERAMAT #
semua barang2 aku masuk dalam beg nie.. aku bawak pegi tempat keja.. yala.. bosan kn.. hehe..



# MY NEW SAYANGSS #
yesss.. this is my sygss.. becoz i love it.. haha =P



# FABRIC #
KAIN FELT, KAIN BALDU & SATIN BIAS TAPE



# TOOLS #
MANIK, BENANG, GUNTING, GAM & SEWAKTU DENGANNYA



# TEMPLATE #
ni pun penting jugak taw.. bt benda nie bkn suka hati taww.. kna ada panduan.. almaklum lah.. aku bukannya terror haha..


And sekarang tengok hasil kerja aku plak ehh.. check this out beb.. yang ini hasil daripada kain felt...





yang kat bawah ni plak hasil daripada ribbon ataw satin bias tape..


yang ni plak hasil daripada kain baldu.. hehe.. 


thats all beb.. yang dapat saya katakan di sini.. berusahalah untuk mendapatkn sesuatu.. 
impossible is nothing.. and nothing is impossible.. hehe..

DIMANA ADA KEMAHUAN.. DI SITU ADA HIGHWAY..
WAHAHA =p


Saturday, 23 June 2012

CERITA SEDIH...


KERANA ISTERIKU BERNAMA LIZA
“Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit,” kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya.”Cantik isteri abang hari ni,” Usin mencubit pipi Liza lembut.
“Ayah, ayah, cepat la yah,” Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. “Yelah, yelah, ayah dah siap ni.” Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja.
“Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?” “Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang.” Usin berkata kepada isterinya tercinta.
Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. “Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung,” Usin berkata dalam hati.
Sedikit demi sedikit Usin menekan minyak keretanya. Semakin lama keretanya semakin laju dan Usin semakin seronok. Usin dah tak sabar untuk segera sampai ke kampungnya. Pedal minyak ditekannya lagi dan Honda Civicnya mula memecut. Usin cilok kiri, cilok kanan. Habis semua kenderaan dipotongnya. Bangga betul Usin masa tu. Terlupa dia sekejap pada anak dan isterinya yang sedang tidur.
“Eh abang, kenapa bawa laju sangat ni?” tiba-tiba Liza terjaga dari tidurnya.”Tak ada apa la sayang, rileks…cepat sikit kita sampai kampung nanti.” “Sabar bang, sabar. Biar lambat tak apa….jangan laju sangat bang,20 Liza takut.” Liza cuba memujuk Usin supaya memperlahankan kenderaannya. “Rileks Liza?tak ada apa-apa,” Usin terus memotong bas ekspres di depannya tanpa was-was.
“Haaa..kan, tengok. Tak ada apa-apa kan?” kata Usin setelah berjaya memotong bas ekspres tadi. “Sudah la tu bang.” “Ha… tu ada satu lagi bas ekspres. Liza tengok abang motong dia aaa….” Usin terus masuk gear 3, pedal minyak ditekannya hingga jejak ke lantai.
Usin terus membelok ke kanan untuk memotong dan …di depannya tersergam sebuah lori balak yang besar dan gagah dan………………..ABANG!!
———————-
“Usin….bangun Sin,” sayup-sayup terdengar suara emaknya. Usin membuka matanya. Dia terlihat emaknya di situ. “Mana Liza mak? Macammana dengan Liza mak? Farah, Adi….mana anak-anak saya mak?” Bertubi-tubi Usin menyoal emaknya. Usin tak dapat menahan kesedihannya lagi. Usin menangis semahu-mahunya di depan emaknya.
Emaknya memandang Usin tepat-tepat. “Macamana dengan isteri Usin mak, Liza?” Usin masih terus menangis.
PANGGG!!
Kepala Usin yang botak itu ditampar oleh emaknya dengan tiba-tiba. Usin terdiam. Kenapa emaknya buat dia macam tu?
“Banyak la engkau punya isteri! Keja pun pemalas ada hati nak berbini. Tu la, tidur lagi senja-senja macam ni! Dah! Bangun pegi sembahyang!” emaknya terus merungut sambil berlalu keluar….
…Dan Usin tersengih keseorangan. Rasa macam nak masuk dalam tin biskut! Malu beb!!


Wednesday, 20 June 2012

HAPPY BIRTHDAY TO ME !

19 june 1993-2012
ZEERAH EMYRAH BINTI NURJAIM
[ puteri yang terbaik ]
cehhhehe =P

Happy birthday to me
happy birthday to me
happy birthday happy birthday
happy birthday to me..

owh.. 19 tahun sudahhh? ingatkan baru 9 tahun.. haha..
infinite thanks for giving me birth to my "mak"
also, thanks to all my wisher =)
..may ALLAH bless you all babe..
..thanks lovely much..






Monday, 18 June 2012

NORHAYATI SELAMAT

17 JUNE 1993-2012
HAPPY BIRTHDAY TO MY BESSSTTTIIEEE..
..YATIE..


dia nie tua 2 ary dari aku taw.. huahua,.. masa kami form 4.. aku ngan dia antara yg paling awal datang sekolah.. kadang2 aku dulu sampai.. dan kadang2 dia yang sampai dulu.. apa tidaknya.. kami kena hantar p skul pukul 5.30 pagi.. apa tidak pagi2 buta lagi di sekolah sudahh.. haha.. yatie pulak abg dia yg hantar...

ok aku mau cerita nie.. pada 17 june 2009.. akulah yang paling awal dtg di bhagian blok budi.. area teknikal form 4.. aras paling atas.. aku on lampu.. letak beg di kerusi aku.. ambik kapur.. aku conteng papan hijau tu.. papan putih jak aku x kacau.. tiada marker pen.. huhu.. aku tulis "HAPPY BIRTHDAY YATIE".. adalah lagi aku tulis tapi x berapa ingat.. ayat keramat nie yang aku ingat.. hehe.. kunun2 mau bagi surprise sama dia.. pastu kn.. aku duduk kunun2 x perasan dia sampai.. haha.. maka berlaku babak2 seterusnya.. cehh,.. haha.. miss that moment ! 

tapi hari ini aku tidak dapat tulis di papan tulis lagi.. makanya, biarlah abadi di blog kesayangan ku ini.. chewahahaa~ dan doa yang sentiasa ku kirim.. huhue~
check this out ! some of my sweet memory with her.. ekcely , banyak sngat.. tapi ni yang aku mau kongsi.. hehe..


# CORR , YATIE , ZYRA , YAYANG , QASY #
masa kem bina negara di biro tatanegara kundasang


di gelanggang futsal, jesselton kota kinabalu, sabah


jesselton point..


Saturday, 16 June 2012

MISS MY MOM.. !

Hurmmm.. 
malam  nie my mother pegi perak..
maybe esok petang baru balik..
achik nor bertunang,..
bestfren mama aku la.. hewhew..
aku x ikut sbab aku kn kerja.. 
huhuhuuwww~


okay..! tido sorang2 okay ! hahaaaa~

TIADA DI SISI SANGAT TERASA KETIADAAN NYA
..HUHU..



Friday, 15 June 2012

KELAKAR.. HAHA..

NAK CERITE PUN MALAS


Pada masa dahulu, ada sebuah kampung di mana semua rakyatnya amat rajin belaka tidak ada yang malas. Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas.
Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku, katanya, “Patik adalah yang paling malas.” Raja pun bertanya, “Apa tahap malas tuan hamba?” Lalu jawab lelaki tersebut, “Kalau patik hendak makan, ada orang yang suapkan patik.”
Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi lalu berkata, “Patik lebih malas lagi daripada dia tuanku.” Tuanku pun bertanya kepadanya, “Sampai mana pulak tahap malas tuan hamba?” Maka jawabnya, “Kalau patik makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan.”
Maka raja pun terdiam seketika. Tanpa disangka² datang seorang budak lelaki kepadanya sambil berkata,
“Patik adalah yang paling malas tuanku.” Raja pun bertanya, “Bagaimana pula tahap kemalasan kamu si budak?” Budak itu pun menjawab, “Nak cite pun malas.
KURANGKAN PANAS

Asari melihat rakannya, Ajoi sedang membuat kopi. Kemudian memasukkan sebutir ubat panadol ke dalamnya. Dengan kehairanan Asari bertanya kepada Ajoi…
Asari: “Kenapa kau masukkan panadol dalam kopi tu?”
Ajoi: “Kopi ni panas… bagi panadol kurang sikit panas dia…”

KRISIS SUAMI ISTERI

Rumahtangga Minah dan Wahid selalu mengalami krisis. Tidak kira siang atau malam, mereka akan bertengkar. Setiap pertengkaran pastinya menggangu jiran tetangga.
“Kalau aku mati, aku akan menjadi hantu dan mengorek tanah di depanku untuk keluar mencekik engkau,” terdengar pekikan si Wahid. Jiran yang mendengar terkejut besar dengan ugutan si Wahid terhadap isterinya kerana diketahui Wahid mempunyai ilmu hitam yang sangat luar biasanya.
Beberapa hari berlalu. Wahid ditemui mati akibat mangsa langgar lari. Walaupun benci, tetapi sebagai isteri Minah tetap menguruskan pengebumian suaminya dengan baik. Seminggu selepas itu, jiran tetangga amat kehairanan melihat Minah yang langsung tidak merasa takut dengan ugutan suaminya dahulu.
“Engkau tidak takut dengan sumpah suami kau dulu?” tanya jirannya.
“Tidak!” jawab Minah.
“Biarkan saja dia mengorek tanah. Aku dah tanam dia mengadap kebawah!”


Monday, 11 June 2012

MY KARYA : MATAKU..


Mataku..
Kau sahabatku..
Kerana kau membantuku..
Menjalani setiap kehidupanku..

Mataku..
Masaku lahir dulu..
Kau telah membantuku..
Terulung kali melihat keindahan itu..
Iaitu wajah insan-insan yang menyayangiku..

Mataku..
Kau banyak membantuku..
Untuk mengesan kejujuran
Di mata insan- insan yang mendampingiku..

Tetapi..
Kini aku tidak dapat melihat keindahan itu
Dengan seluruh kudratmu..
Bertemankan kanta mata membantumu
Untuk membantuku melihat keindahan itu..

Namun..
Ku tetap mensyukuri segala itu..
Tanda ALLAH sentiasa menyayangiku..
Masih meminjamkan kamu untukku..

Ku bersyukur ya ALLAH..
Atas kurniaan-MU yang agung itu..
Dapat ku lihat keindahan ciptaanMU..
Di seluruh kehidupanku..


INSPIRED BY : KACA MATAKU =)


Pieces Memory in KMTJ !





Ini adalah kad marik saya.. dah jadi kenangan seumur hidup.. huahaha =P
MT1122534293


Haa.. yang ni plak.. my senjata.. merangkap my nyawa tawww.. haha..
benda2 ni mesti sentiasa di sampingkuu~ sangat penting..
tanpa mereka aku boleh jadi gila woo~


ni dia.. lampu klasik.. tudung kaler kuning dan selendang kaler merah..
kenangan daripada mentor ku.. mak angkat ku..
MADAM SAFIRAJAN AMIN GOL..
lampu klasik tu mau kaler biru tapi sdh kna ambik.. huhu.. x apa laa~


ni plak pin bunga n sepit rambut.. kaler biru..
dari roomate aku..
NURUL MUNIRAH MALEK..
 dia bagi kat aku ni masa lasstttt sekali kami jumpa..
x taw bila lagi dapat jumpa ngan dia ni.. huhu~


ni plak kad ucapan versi buah strawberry.. hehe..
originaly made by NADIA SYAZWANI KHALID..
dia bagi masa malam last kat KMTJ.. huhu..
masa tukar2 hadiah..


ni plak keychain dan penanda buku..
daripada NORAIN JANAIN..
keychain tu ain bagi masa dia pegi jalan2 ikut rombongan kolej..
yg bookmark versi gambar budak2 comel tu.. hehe ( cehhh..) ain bagi masa tukar2 hadiah juga.. huhu..


yang ini special ckit.. dari MUMMY IZZATUL SYAZZANA ZAINUDIN..
 chacha,.. yg hanging speech tu dia buat smpai x dpt study taw.. thankss cha..
dia bagi masa kami tukar2 hadiah jugakk.....
yg button badge UTHM tu dia bagi lepas dia ikut program kat situ.. thanks lagi.. hehe..


yg ini plak dari NORFIKAYANTI RUMSAH a.k.a DONNA..
hehe.. dia paling byk bagi aku benda2 ni taw.. huaha =)
yg sand timer tu dia bagi utk 'civil'.. huehehe..
yg bantal merah tu dia ckp utk bufday aku thun nie..
yg bunga kristal biru tu dia bagi masa tukar2 hadiah taww.. 
yg keronsang tu dia bagi masa kami p JB ary tu.. 
dia tahu aku suka kumpul keronsang.. huahaha..
yg surat tu dia gantung kat bilik nacha pasal adalaaa~ haha =P


yg ini dari bdk pompuan klas aku..
HAFIEZAH . BEATRICE . LIYANA
thankss~ hehe..


yg ini dari kwn aku.. APIT..
thanks a lot =)


yg ni dari c AMYRA MOHD. KASSIM..
ni gmbar aku ngan dia masa malam apresiasi tu..
tu lah ucapan dia.. haha kelakar..


yg ini dari IZZAH ATIRA..
keronsang tu kaler biru.. aq slalu puji comel..
dia bagi plak kat aku.. hehe.. thanks izzah =)


yg ini plak dari roomate aq.. diorg bagi masa bufday aq tahun lepas..
baju kaler biru taw.. comellll~
thanks my sygggs..
NURUL MUNIRAH MALEK & NOR EZZATI JOUNI
MT2.1


Hehe.. ini kenangan dari KMTJ.. huahaha..
plak tu masa kawad kaki..
bookmark tu masa "goldtech shopping"
bwh skali tu.. slip meja masa PSPM 2..
huahaha =)


yg ini plak dari cik iqbalia.. eh silap.. IQBAL..
hadiah bufday..
selendang pashmina kaler hijau lumut.. cantekk..
besi tu kenangan masa kami 1 group amali awam..
tensile test masa tu.. sebelah ada ngan dia..
dai suruh aq simpan.. ntah dia tu simpan ka tidak.. haha..


yg ini dari ATIYAH IZZATI.. hehe..
yg strawberry keychain tu dia bagi masa dia pegi cameron highland..
yg kaler biru tu.. untuk knangan.. dia bagi masa dai nak balik dah taw..
dia tinggalkan di atas katil aq.. dlm keadaan berbungkus sperti gula2.. hehe..


yg ini dari c KEPOH..  haha.. AZIM a.k.a BOB..
dia ckp supaya duit aku x kene curi..
hahaahahaa.. 


ni plak name tag aku masa jadi SPR dulu..
huahaha.. kenangan oh kenangan..



ni plak baju ekspedisi masa ary tu..
aq kena kat gunung pulai johor.. besttt jugak taww~
yg torchlight tu adalah peneman ku.. haha..
kecil2 cili padi..
cik NASRAH yg belikan.. hehe =P

LOVE THE MEMORY GATHERED


Sunday, 10 June 2012

JOM GELAK.. HUAHAHA !


WANITA DENGAN LELAKI TUA

Seorang wanita sedang berjaln ke arah seorang lelaki tua yang sedang berehat di serambi rumahnya. Apabila tiba di situ :
Wanita : saya tengok encik ni ceria aje! Apa rahsia yang menyebabkan encik panjang umur dan sentiasa ceria?
Lelaki tua : takde rahsia ape pun. Cuma , saya merokok 3 kotak besar sehari, minum arak, ambil makanan berlemak,makanan segera dan tak pernah sekali pun bersenam.
Wanita : wah! Hebatnya encik. Berapa usia encik sekarang?
Lelaki tua : 24 tahun.

KUDA MAKAN RUMPUT

Seorang guru lukisan melihat lukisan seorang pelajarnya yang paling malas.
Cikgu : lukisan apa yang kau buat ni husin? Kosong je..
Husin : kuda makan rumput, cikgu!
Cikgu : rumputnya mana?
Husin : sudah habis dimakan kuda, cikgu!
Cikgu : habis tu, kudanya mana?
Husin : sudah pergi,cikgu! Kalau rumputnya sudah habis, buat apa kuda tu kat situ lagi!

JACK, QUEEN DAN KING

Cikgu bertanya kepada murid-muridnya siapa dia antara mereka yang pandai mengira. Lalu, seman mengangkat tangan.
Cikgu : betul ke kamu pandai mengira?
Seman : betul cikgu. Ayah saya yang ajar.
Cikgu : baiklah, cuba kita lihat. Selepas tiga.. berapa?
Seman : empat.
Cikgu : bagus! Selepas enam?
Seman : tujuh.
Cikgu : selepas Sembilan?
Seman : sepuluh cikg..
cikgu : bagus sekali..rupanya ayah kamu betul2 tahu bagaimana mengajar mengira. selepas sepuluh?
seman : jack, queen dan king cikgu..
cikgu : #@$%^^&^

NANGKA BERACUN

Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak2 nakal yang selalu mencuri buah nangka di kebunnya. Suatu hari,beliau telah mendapat idea.Di tengah2 kebunnya diletakkan papan yanda yang bertulis
"AWAS.. SATU DARI NANGKA2 INI TELAH DISUNTIK RACUN"

keesokan harinya, petani itu tersenyum kerana mendapati nangka2 nya tidak dicuri lagi.. seminggu selepas itu, petani itu pergi ke kebunnya memetik nangka2 untuk dijual. Memang jelas kelihatan tiada satu pun nangkanya yang hilang.. Tetapi, beliau sangat terkejut kerana di sebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis 
"KINI ADA DUA NANGKA YANG DISUNTIK RACUN"



Wednesday, 6 June 2012

SEBELUM KAU TIDUR

hehe..
sempat lagi kunun update belog.. wahaha..
banyak cerita mau dikongsi..
tapinyaaa...
saya busy ok.. haha =P
biasalah.. bisnes maju.. haha kunun lah!
nanti2 saya cerita..
kumpul dulu cerita yg best2 tu..


pukul brapa sdh ni arr..?
alamakk.. jam 2.29 am?
matilah.. esok kerja..
oklah kawan2..
sampai jumpa lagi ya..
tata..


currently mood : ngantuk tahap gaban.. baru lepas layan "boys over flower" wahaha..

SWEET DREAM

Tuesday, 5 June 2012

ENGKAU YANG KU CINTA


Sering kau tanyakan cintaku dimana
Sering kau menuntut ucapan asmara
Tak mungkin berdusta perasaan ini
Dan kau tak mengerti dihati
Yang sebenarnya engkau aku cinta
Permata dalam rindu ku hadiah untukmu
Saling memerlukan bila berjauhan
Harap kau mengerti perasaan ini
Kelu resah bukan sandaran
Dan gelisah bukan hukuman
Kerana kau yang ku idamkan
Bukannya mainan
Seandainya kau mengetahui
Hanya engkau yang ku cinta
Itulah yang sebenar-benarnya
Yang sebenarnya engkau aku cinta
Permata dalam rindu ku hadiah untukmu
Saling memerlukan bila berjauhan
Harap kau mengerti perasaan ini
Kelu resah bukan sandaran
Dan gelisah bukan hukuman
Kerana kau yang ku idamkan
Bukannya mainan
Seandainya kau mengetahui
Hanya engkau yang ku cintai
Itulah yang sebenar-benarnya
Usah kau tanyakan cintaku dimana
Cukup kau menuntut ucapan asmara
Tak mungkin berdusta perasaan ini
Dan kau tak mengerti dihati.. kecilku…

Sunday, 3 June 2012

PENSEL DAN PEMADAM



Perbualan pensel dan pemadam..


pensel : maafkan saya!


pemadam : kenapa? awak tidak melakukan sebarang kesalahan.


pensel : maafkan saya kerana telah menyebabkan awak mendapat kesakitan. setiap kali saya melakukan kesilapan, awak akan sentiasa berada di sisi saya untuk memadamkan semua kesilapan itu. Dan setiap kali memadamkan kesilapan saya, awak akan kehilangan sebahagian dari diri awak. saiz awak pun semakin mengecil.


pemadam : memang benar! tetapi saya tidak kisah. saya memang telah ditugaskan untuk melakukan kerja tersebut. saya diwujudkan untuk membantu awak setiap kali awak melakukan sebarang kesilapan. walaupun saya tahu awak akan mengantikan saya dengan yang baru apabila saya telah habis digunakan, saya tidak kisah malah amat gembira. jadi janganlah awak bersusah hati. saya paling tidak suka apabila melihat awak berrsedih.

RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMAL =)